Powered By Blogger

Sunday, 10 April 2011

Gua Angin @ Wind Cave, Bau, Kuching


Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau, di Bahagian Kuching, Sarawak, bersebelahan dengan Sungai sarawak. Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak-Indonesia.
Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung layang-layang.
Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.
Terdapat beberapa pintu masuk utama di Gua Angin, walau bagaimanapun salah satu laluan di sebelah selatan gua, iaitu bersebelahan dengan Sungai Sarawak ditutup buat masa ini kerana batu penyokong jambatan kayu yang merentasi gua telah runtuh dan merosakkan struktur jambatan tersebut.
Bentuk stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang lain di dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam, malah ada yang menyerupai seperti kepala buaya dan juga rangka buaya!
Di luar Gua Angin, terdapat juga pondok Baruk bagi tempat pelancong berehat. Pelancong juga boleh mandi di Sungai Sarawak yang berhampiran gua. Airnya agak deras tetapi cetek dan selamat untuk mandi. Terdapat kemudahan bilik bersalin untuk mereka yang mandi di Sungai Sarawak, tandas, dan gerai makanan dan minuman berhampiran situ.

Kawasan Reakrasi Gua Angin









Gambar -gambar di atas menunjukan pemandangan di kawasan luar gua berangin. Pengunjung tempat ini boleh bersantai di kawasan ini. Selain itu para pengunjung juga boleh bermandi manda di kawasan ini kerana bersebelahan gua tersebut terdapat sungai yang indah. Semuanya percuma dan tidak perlu di bayar kecuali hendak masuk kedalam gua tersebut.


Pemandangan  Dalam Gua













Pemandagan dalam gua ini merupakan pemandagan yang asal dan bukan di reka- reka kerana gua ini memang terjadi semulajadinya. Untuk memudahkan para pengunjung memasuki gua tersebut di sediakan jambatan ataupun lorong khas untuk para pengunjung tempat ini.

Video Pemandangan Di Gua Angin


No comments:

Post a Comment