Powered By Blogger

Thursday, 31 March 2011

sejarah Bandaraya Kuching,Sarawak

Asal Usul nama Bandaraya Kuching
Asalnya nama Sarawak tidak jelas. "Kuching" ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi "Cochin", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan".

Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Artifak-artifak yang berasal daripada kepercayaan Hinduisme kini dapat dilihat di Muzium Negeri.

Bandar raya ini tidak pernah mempunyai sebilangan besar kucing apabila dibandingkan dengan bandar-bandar lain. Sebenarnya, arca-arca kucing, Muzium Kucing Kuching, serta perkaitan-perkaitan lain dengan kucing merupakan sebahagian usaha moden untuk mempromosikan pelancongan dan banyak risalah - risalah pelancongan merujuk kepada Kuching sebagai "Bandaraya Kucing".

 Selain daripada ini, nama "Kuching" tidak mempunyai maksud sebenar bagi penduduk-penduduknya dan tidak dianggap oleh orang-orang tempatan sebagai suatu nama yang romantik.

Terdapat teori-teori lain yang mengatakan bahawa nama "Kuching" datangnya daripada "mata kucing", sejenis buah iaitu Pokok Mata Kucing yang kelihatan banyak bertumbuh di tebing sungai yang kini merupakan sebahagian bandar raya Kuching. Terdapat sebuah bukit di pusat bandar raya lama yang dipanggil Bukit Mata Kuching, dan bukit ini juga mungkin merupakan asal nama bandar raya ini. 


Sejarah Penjajahan Sarawak oleh keluarga Brooke 


JAMES BROOKE
       
James Brooke mula-mula sampai di tebing Sungai Sarawak di tengah-tengah berlakunya pemberontakan oleh masyarakat tempatan. Dia telah dianugerahkan wilayah Sarawak kerana peranannya dalam menghentikan pemberontakan tersebut. Dia menjadi Raja memerintah Sarawak yang pertama pada tahun 1841, lalu menandakan permulaan pemerintahan Raja Putih (White Rajah) selama tiga generasi keluarga Brooke. Kuching menjadi pusat pentadbiran kerajaan Brooke yang menempuh banyak perubahan. Sebagai pusat pentadbiran, Kuching menjadi fokus perhatian dan pembangunan. Beberapa perkara yang mula-mula dilakukan oleh James Brooke ialah memperkenalkan undang-undang dan mendirikan tempat kediamannya di tebing Sungai Sarawak. 

Tempat kediaman ini (Astana) akhirnya menjadi kediaman rasmi TYT DiPertua Negeri Sarawak. Di bawah pemerintahan Brooke, kegiatan perlanunan dan memotong kepala (ngayau) dapat dikurangkan. Untuk julung-julung kalinya wujud undang-undang dan peraturan di bumi Borneo ini, bagi menangani masalah ketika itu. Bagaimanapun, Kuching waktu itu masih lagi mundur dan kekurangan kemudahan-kemudahan lain



Sehingga tahun 1868, apabila anak kepada James Brooke, Charles Brooke menjadi Raja Kedua, barulah usaha yang bersungguh- sungguh dibuat untuk memperbaiki keadaan bandar ini. Kemudahan dan jalanraya diperbaiki, bangunan-bangunan baru dibina lebuh-lebuh muncul, rumah- rumah kedai yang lama diganti dengan rumah-rumah kedai yang diperbuat daripada batu-bata. Sebenarnya, sebahagian besar Kuching (dari Main Bazaar hingga ke lebuh Carpenter) dibina semula selepas kebakaran besar pada tahun 1884. 
Diakhir-akhir pemerintahan Charles Brooke, Kuching membangun dari sebuah tempat yang mundur menjadi sebuah bandar dengan tarikan-tarikan bangunan-bangunan kerajaan dan perkhidmatan telekomunikasinya. Beca dan keretapi menjadi pengangkutan yang penting. Malah terdapat juga padang lumba kuda dan rumah-rumah kelab dengan bar, meja-meja billiard dan lorong-lorong bowling untuk bersukan dan hiburan.



Kuching terus bertambah maju di bawah pemerintahan pemerintahan Charles Vyner Brooke yang menggantikan ayahnya sebagai Raja yang Ketiga (1917-1947). Dalam tahun 1941, Kuching menjadi tempat perayaan 100 tahun kerajaan Brooke yang mengandungi upacara-upacara rasmi dan pameran pertanian di persekitaran Muzium. Beberapa bulan kemudian, pentadbiran Brooke sampai ke akhirnya apabila Jepun menduduki serta menjajah Sarawak. 
Selepas perang, Kuching dihidupkan semula sebagai ibu negeri Sarawak di bawah Kerajaan British. Apabila Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, Kuching dikekalkan sebagai ibu negeri. Pembangunan yang pesat berlaku selepas perang dahulu makin dipertingkatkan lagi hingga sekarang ini.

Keindahan Gunung Santubong



Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.

Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong d mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.



Lagenda Puteri Santubong

Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejenjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.

Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Pemandagan dari atas gunung Santubong

Air Terjun Yang Terdapat Di gunung Santubong

Jalan - jalan yang di lalui semasa mendaki(check point)

Gambar - gambar situasi mendaki gunung


Melalui gambar - gambar di atas, kita dapat merasakan bertapa sukarnya nak mendaki gunung ini. kita memerlukan semangat dan kesabaran kerana perjalanan mendaki cukup lasak.


Lirik lagu Puteri Santubong Puteri Sejenjang

Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Video lagu Puteri Santubong Puteri Sejinjang


Tuesday, 29 March 2011

Jong Crocodile Farm





Jalan Masuk Dari Bandar Siburan

 Depan Taman Buaya

Jong Crocodile, Kuching Sarawak merupakan taman ternakan dan simpanan buaya daripada yang kecik kepada buaya yang ternama. Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Ibu buaya adalah lebih ganas daripada buaya yang lain. Induk buaya betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan pada tanah atau di bawah seresah daun. Dan, induk tersebut menunggu dari jarak sekitar 2 meter dari dalam air. Di musim bertelur buaya amat buas menjaga telurnya.

  1. Buaya muara
  2. Buaya air tawar Irian
  3. Buaya sepit
Sedangkan di seluruh dunia terdapat 23 jenis buaya (termasuk seluruh famili Crocodilian, Alligator, Gharial, serta Caiman). Dari semua jenis tersebut, Buaya Muara Crocodilus Porosus adalah yang terbesar, dan penyebaran buaya muara adalah di perairan Indonesia dan Australia, serta negara negara lain sekitar Indonesia (Menurut pakar biologi Adam Britton, penyebaran Buaya Muara terdapat mulai dari perairan laut India dan Sri lanka di Lautan Hindia hingga Fiji di Lautan Pasifik). Pelbagai buaya yang ada terdapat dalam taman ini kecuali buaya air masin.

 Bayaran Masuk

Bayaran Masuk :
1. Dewasa : RM8.00 sahaja
2. Kanak : RM 4.00 sahaja (12 tahun kebawah)
Masa Buka: 11 a.m - 4 pm

Kisah 'Bujang Senang'



Rangka Kepala buaya "bujang senang"


Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri AmanSarawakMalaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.
Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992 dengan menggunakan senapang khas 'short gun'.

Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Taman Buaya (Jong Crocodile Farm)  di Siburan, Kuching, Sarawak.



Mitos Bujang Senang
Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.dia dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yg membunuh dia..


Buaya ini dinamakan "Tailless Crocodile". Buaya ini tidak mempunyai ekor. Menurut cerita - cerita kau m dayak buaya ini tidak seganas buaya yang lain dan jarang menyerang manusia.


Buaya ini di namakan 'buaya jejulung'.Buaya ini hampir pupus.Mengikut Cerita cerita orang terdahulu. Buaya ini agak bersifat garang dan ganas. 

Masa Buaya -buaya di beri makanan

Biala masa yang telah di tetapkan iaitu pada jam 11 am dan 3 pm buaya buaya di taman ini akan di beri makan. Apabila perkerja di tempat tersebut hendak memberi makanan. Mereka akan membunyikan loceng di pondok tempat memberi makanan. Apabila memdengar bunyi loceng tersebut buaya buaya akan datang ke tempat tersebut untuk mendapat makanan. Makanan itu akan di gantung pada tali yang telah di sediakan.





Video JUmping Crocodile





Gambar - gambar anak buaya yang di ternak di kolam yang disediakan.


Jong’s Crocodile Farm
Jln Kuching-serian Batu 17, 94200 Siburan, Sarawak
Phone: 082-86 3570



Ranchan Pool, Serian,Sarawak



Ranchan pool terletak hanya 1 kilometer daripada bandar serian. Tempat ini berhampiran dengan kampung - kampung orang bidayuh. Antara kampung yang berdekatan di situ termasuk lah Kampung Ranchan, kampung Ampungan dan ada lagi yang lain. Tempat reakrasi ini masih kekal dengan keadaan semula jadi dan mempunyai udara yang menyegarkan terutamanya pada waktu pagi. Ini kerana kawasan ini akan ditutupi embun pada waktu pagi dan air yang mengalir amat sejuk sehinggakan mengeluarkan wap pada waktu pagi.



Gambar di atas menunjukan gerbang masuk ke taman Rekreasi Ranchan. Kira - kira 100 meter masuk akan sampai di tempat tersebut. Kebiasaannya pada hari biasa -biasa tidak ada ramai pengunjung.Tetapi pada hari ahad pengujung Ramai kerana hari percutian ataupun hari tidak berkerja jadi ramai yang datang bersama keluarga.

Pemandangan dan suasana di Taman Rekreasi Ranchan


Air terjun


















Melihat gambar - gambar di atas pasti hati kita keinginan. Itu dah menjadi lumrah manusia. Tempat ini sememangnya indah sekali. Melalui gambar pun kita dapat mengetahui apa lagi apabila berada di tempat tersebut dan menyaksikan sendiri keindahan alam melalui pandangan mata kita sendiri. 

Kemudahan Yang Ada di tempat TAman Reakreasi ini.

  • Pondok Rehat
  • Track Jogging
  • Tempat BBQ
  • Tandas awam
  • Tempat Mandi dan menukar pakaian
  • Kedai makan
  • Kerusi 
Semua yang kemudahan yang disediakan adalah free of charge kecuali tandas saje yang kena bayar

Di Ranchan, rumah tumpangan disediakan untuk pengunjung- pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di sini.  Selain rumah tumpangan, jambatan gantung juga menjadi  tarikan pengunjung ke Taman Rekreasi Ranchan.

Sebagai faktor keselamatan, hanya beberapa aktiviti sahaja yang dibenarkan di Taman Air Terjun Ranchan iaitu berkhemah, bermalam, merentas desa, mengambil gambar, beriadah dan membuat penyelidikan.  Pengunjung- pengunjung yang datang ke sini pasti akan tersenyum puas setelah pulang dari taman ini.