Powered By Blogger

Thursday 31 March 2011

sejarah Bandaraya Kuching,Sarawak

Asal Usul nama Bandaraya Kuching
Asalnya nama Sarawak tidak jelas. "Kuching" ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi "Cochin", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan".

Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Artifak-artifak yang berasal daripada kepercayaan Hinduisme kini dapat dilihat di Muzium Negeri.

Bandar raya ini tidak pernah mempunyai sebilangan besar kucing apabila dibandingkan dengan bandar-bandar lain. Sebenarnya, arca-arca kucing, Muzium Kucing Kuching, serta perkaitan-perkaitan lain dengan kucing merupakan sebahagian usaha moden untuk mempromosikan pelancongan dan banyak risalah - risalah pelancongan merujuk kepada Kuching sebagai "Bandaraya Kucing".

 Selain daripada ini, nama "Kuching" tidak mempunyai maksud sebenar bagi penduduk-penduduknya dan tidak dianggap oleh orang-orang tempatan sebagai suatu nama yang romantik.

Terdapat teori-teori lain yang mengatakan bahawa nama "Kuching" datangnya daripada "mata kucing", sejenis buah iaitu Pokok Mata Kucing yang kelihatan banyak bertumbuh di tebing sungai yang kini merupakan sebahagian bandar raya Kuching. Terdapat sebuah bukit di pusat bandar raya lama yang dipanggil Bukit Mata Kuching, dan bukit ini juga mungkin merupakan asal nama bandar raya ini. 


Sejarah Penjajahan Sarawak oleh keluarga Brooke 


JAMES BROOKE
       
James Brooke mula-mula sampai di tebing Sungai Sarawak di tengah-tengah berlakunya pemberontakan oleh masyarakat tempatan. Dia telah dianugerahkan wilayah Sarawak kerana peranannya dalam menghentikan pemberontakan tersebut. Dia menjadi Raja memerintah Sarawak yang pertama pada tahun 1841, lalu menandakan permulaan pemerintahan Raja Putih (White Rajah) selama tiga generasi keluarga Brooke. Kuching menjadi pusat pentadbiran kerajaan Brooke yang menempuh banyak perubahan. Sebagai pusat pentadbiran, Kuching menjadi fokus perhatian dan pembangunan. Beberapa perkara yang mula-mula dilakukan oleh James Brooke ialah memperkenalkan undang-undang dan mendirikan tempat kediamannya di tebing Sungai Sarawak. 

Tempat kediaman ini (Astana) akhirnya menjadi kediaman rasmi TYT DiPertua Negeri Sarawak. Di bawah pemerintahan Brooke, kegiatan perlanunan dan memotong kepala (ngayau) dapat dikurangkan. Untuk julung-julung kalinya wujud undang-undang dan peraturan di bumi Borneo ini, bagi menangani masalah ketika itu. Bagaimanapun, Kuching waktu itu masih lagi mundur dan kekurangan kemudahan-kemudahan lain



Sehingga tahun 1868, apabila anak kepada James Brooke, Charles Brooke menjadi Raja Kedua, barulah usaha yang bersungguh- sungguh dibuat untuk memperbaiki keadaan bandar ini. Kemudahan dan jalanraya diperbaiki, bangunan-bangunan baru dibina lebuh-lebuh muncul, rumah- rumah kedai yang lama diganti dengan rumah-rumah kedai yang diperbuat daripada batu-bata. Sebenarnya, sebahagian besar Kuching (dari Main Bazaar hingga ke lebuh Carpenter) dibina semula selepas kebakaran besar pada tahun 1884. 
Diakhir-akhir pemerintahan Charles Brooke, Kuching membangun dari sebuah tempat yang mundur menjadi sebuah bandar dengan tarikan-tarikan bangunan-bangunan kerajaan dan perkhidmatan telekomunikasinya. Beca dan keretapi menjadi pengangkutan yang penting. Malah terdapat juga padang lumba kuda dan rumah-rumah kelab dengan bar, meja-meja billiard dan lorong-lorong bowling untuk bersukan dan hiburan.



Kuching terus bertambah maju di bawah pemerintahan pemerintahan Charles Vyner Brooke yang menggantikan ayahnya sebagai Raja yang Ketiga (1917-1947). Dalam tahun 1941, Kuching menjadi tempat perayaan 100 tahun kerajaan Brooke yang mengandungi upacara-upacara rasmi dan pameran pertanian di persekitaran Muzium. Beberapa bulan kemudian, pentadbiran Brooke sampai ke akhirnya apabila Jepun menduduki serta menjajah Sarawak. 
Selepas perang, Kuching dihidupkan semula sebagai ibu negeri Sarawak di bawah Kerajaan British. Apabila Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, Kuching dikekalkan sebagai ibu negeri. Pembangunan yang pesat berlaku selepas perang dahulu makin dipertingkatkan lagi hingga sekarang ini.

1 comment:

  1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

    ReplyDelete